Friday, January 20, 2012

orang yang mencintai kamu

assalamualaikum....
rindu ?
angau ?
hurrmmmm......adakah itu dinamakan C.I.N.T.A ?
i dunno how to explain about L.O.V.E. but i just can share to you about "orang yang mencintai kamu" from my reading about this.....
oke 1st of all , sbelom aku listkan tanda2 orang yang mencintai kamu , i just want you know that kt bawah ni just kopi dan pasta jep oke.... =)
jom tambah pengetahuan sikit.....hehe...

1. orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberi alasan kenapa dia menyintai kamu . yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya .


2. walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa @ kekasih , dia tidak peduli . baginya , yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
*menakutkan......haha*

3. orang yang mencintai kamu selalu menerima kapu apa adanya . di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik / terkacak walaupun mungkin kamu merasakan berat badan kamu sudah bertambah.
*ye dop??*

4. orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari.


5. sentiasa mengirim SMS kepada kamu . contohnya seperti mengirim "selamat pagi", "selamat malam", "take care" walaupun kamu tidak membalasnya , dia cuba menyatakan cinta kepada kamu dengan cara berbeza dan bukan dengan "aku cinta padamu" atau sebagainya .

6. kalau kamu mengadakan majlis keraian atau ulangtahun dan tidak mengundang dia . dia akan menelefon untuk mengucap selamat atau setidak-tidaknya menghantar SMS ucapan kepada kamu .

7. setiap kejadian yang dilalui bersama akan dia diingati . pada si dia , kenangan bersama kamu adalah kejadian yang berharga baginya . pada masa tersebut , matanya pasti berkaca kerana kenangan tersebut pastinya tidak akan berulang kembali .

8. dia akan sentiasa mengingati kata-kata kamu ucapkan . dia akan menyematkan kata-kata kamu dihatinya . 

9. dia akan belajar mengemari lagu-lagu kesukaan kamu . bahkan , mungkin meminjam CD milik kamu atau mencarinya sendiri dalam internet . kerana dia akan mencuba memahami apakah kesukaan dan kegemaran kamu .

10. kalau kali terakhir dia bertemu kamu dalam keadaan kamu yang sedang demam atau selsema . dia akan sentiasa risaukan kamu sehingga kerap kali menelefon atau menghantar SMS bertanyakan keadaan kamu .

11. memberi semangat kepada kamu semasa kamu sedang menghadapi sesuatu . contohnya menghadapi ujian . dia akan menghantar SMS berupa pemberi semangat contohnya "GUDLUCK!"
* yess...he is... =) *

12. dia akan memberi suatu barang kepada kamu dimana pada tanggapan kamu ia adalah barang yang biasa tapi amat berharga atau bermakna baginya .

13. dia akan terdiam seketika apabila bercakap dengan kamu ketika sedang bercakap dalam telefon . kerana ketika itu dia akan berasa gugup dan merasakan kamu sedang mengegarkan dunianya .

14. sentiasa ingin dekat dengan kamu . dia akan menghabiskan masanya bersama kamu sepanjang hari.

15. jika kamu berada di tempat lain , dia kan sentiasa mengingatkan kamu supaya sentiasa berwaspada dan tidak terpengaruh kerana bingung dan risau . sebenarnya dia  takut akan kehilangan kamu apabila kamu sudah terpengaruh dengan persekitaran yang jauh darinya .

16. dia akan lebih bertindak seperti saudara daripada seorang kekasih .

17. di hatinya , dia benar-benar takut kehilangan kamu .
* don't worry.....i'm yours ! *

18. dia akan sentiasa melakukan perkara yang mengejutkan kamu . seperti menelefon 100 kali sehari ! menghantar SMS yang mengejutkan kamu ketika di tengah malam atau datang secara tiba-tiba ketika kamu sedang berada di sesuatu tempat . ini adalah tanda dia sedang mengingati kamu .

19. dia akan merindukan kamu dan terkadang ia membuatkan kamu pening kepala memikirkan tingkah lakunya .

20. jika kamu meminta kamu untuk mengajar sesuatu . dia akan mengajar kamu dengan sabar walaupun pada masa tersebut dia adalah orang yang paling bodoh di dunia . dia tidak akan mengelak untuk melaksanakan apa saja permintaan kamu.
* agak kasar ayat yg digunakan....hurmmmm *

21. inbox telefon bimbitnya , sebahagian besar SMS yang tersimpan dihiasi dengan no. telefon kamu . dia masih menyimpan SMS yang kamu hantarkan walaupun ianya sudah berbulan malah bertahun-tahun . dia menyimpan surat-surat kamu ditempat yang khas kerana menganggap sesuatu pemberian kamu adalah amat berharga.
* surat ? haha....cinta zaman dulu la ni kan..... *

22. jika kamu menolaknya atau menjauhkan diri darinya , dia akan menghilangkan dirinya dari kehidupan kamu walaupun reaksi kamu telah membunuh hatinya.

23. jika satu saat kamu merindukannya dan ingin memberi kesempatan kepadanya . dia akan menunggu kamu kerana dia tidak pernah mencari orang lain . dia akan sentiasa menunggu kamu.

24. dia tidak pernah memaksa kamu untuk memberi sebab atau alasan (walaupun hatinya meronta ingin mengetahui) . dia tidak mahu kamu terbeban dengan kerenahnya . saat kamu meminta dia untuk pergi , dia akan benar-benar pergi tanpa menoleh belakang tanpa menyalahkan kamu kerana dia mengerti apa sebenarnya cinta.

oke done !
banyak betol eh.....
so , ade x di antara 24 tanda kat atas pada kamu or someone di sekeliling kamu ?
kalo ade la kan , clap ur hand for urself !
kamu beruntung sebab punya insan seperti ini.....
jangan sia-siakan insan yang mencintai kamu atau kamu akan menyesal berbuat demikian !
dan insan yang kamu cintai juga beruntung sebab memiliki kamu kan ?
oke lah......
just wait for my next entry about JODOH oke....
sedang menggoogle utk cari + kumpul info pasal jodoh.....hehe
act , xde idea sgt nk update pasal diri sendiri & sebab tu just post kan info yang aku dapat nie......
x pe kan ?
hehe...... =)
okbai~

0 budak kiut conteng sini:

My Blog List