Monday, January 23, 2012

cari jodoh ?

assalamualaikum...
♥ JODOH......usah mencari yang terlalu sempurna ♥ 
too many people are looking for the perfect person instead of trying to be the perfect person......
hurrmmm....
seperti yg dijanjikan dalam entry INI , aku ade gtau yg nk ckp pasal jodoh kn.....
haissshhh.......jodoh ?
jodoh itu seperti rezeki.....
ia telah ditentukan sejak azali lagi seawal umur kita 4 bulan di dalam rahim bonda......
* ye dop ? *
betol la sebab ni ustaz azhar idrus yang cakap.......so , aku tulis je la.... =)
* ustaz ensem ! errkkk? =P *
hurrmmmm....jodoh tu ketentuan Ilahi kan ?
ada orang jodohnya awal dan ada juga yang lambat....
biar lambat jodoh asalkan hidup bahagia dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki tak beriman.....
dan jika masih belum bersedia begelar ISTERI / SUAMI , usahlah terburu-buru untuk berkahwin......
* baiklah ! *
jika masih belum cukup ilmu untuk bergelar ibu / ayah , belajarlah dahulu.....
jika masih belum bersedia untuk melayan kerenah anak2 , carilah dulu kesabaran itu....
janganlah berkahwin dahulu jika diri belum benar-benar bersedia memikul tanggungjawab yang besar dalam hidup......
seorang isteri perlu taat setia pada suami kerana keredhaan suami itu begitu besar pada mereka dan isteri perlu menjaga kehormatan diri dan maruah suami.......
dan suami perlu bersedia menanggung dosa-dosa isteri sepanjang kehidupan dalam rumah tangga mereka dan memberi nafkah kepada isteri dan anak2......
betapa besar dan beratnya tanggungjawab suami dan isteri dalam membina sebuah kehidupan rumah tangga yang bahagia......
keluarga yang bahagia akan terhasil jika suami dan isteri dapat melaksanakan tugas dan peranan masingdengan penuh rasa tanggungjawab dan saling membantu dalam urusan harian tanpa mengabaikan kewajipan kepada ALLAH S.W.T.
oke now back to our main topic......
JODOH...
tedapat 3 kategori jodoh iaitu :

1. JODOH DARI SYAITAN
iaitu teruna dan gadis menuju ke arah kemaksiatan di mana apabila si perempuan tadi mengandung , barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut .

2. JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi .

3. JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan dua pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa lalu lelaki tersebut masuk meminang perempuan tadi dan perempuan tersebut menerimanya . mereka bernikah dan bercinta sampai ke syurga . inilah yang digelar "syurga cinta" .

so , yang mana satu pilihan anda ?
semestinya yang ke-3 la kan.....
same as me..... =)
abes tu , cam mane nak tau yang orang tu adalah jodoh kita atau tak ?
ALLAH S.W.T. mengurniakan manusia telinga untuk mendengar , mata untuk melihat dan akal untuk kita berfikir.....
jadi gunakanlah anugerah ini untuk mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.....
dua insan yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi dan fizikal antara kedua-duanya.....
apabila bersama, masing2 dapat merasakan keserasian antara mereka dan saling memerlukan antara satu sama lain.......
dan gerak hati mengatakan , dialah insan istimewa yang ditakdirkan untuk bersama kamu....
* ye dop ? *
berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia merupakan jodoh kita......

bersahaja
kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon.....
cubalah perhatikan cara dia berpakaian , cara percakapan , ketawa serta cara makan dan minum.....
adakah ia spontan dan tidak dikawal ?
jika dia tampil bersahaja , maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai.... =)

senang bersama
w'pun slalu bersamanya , tidak ada sedikit pun perasaan bosan , jemu ataupun tertekan pada diri kita.....
semakin hari semakin syang kepadanya....
kita sentiasa tenang , gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.....
apabila berjauhan , terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannnya....
* betol kan ?? *

terima kita seadanya
apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli....
biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung......
yang dia tahu, kita adalah miliknya kini......
dia juga sedia berkongsi kisah silamnya.....

sentiasa jujur
dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama......
sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita......
kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan.......
selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita......
apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.....

saling percaya
setiap orang mempunyai rahsia tersendiri....
apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya ?
bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka....

senang bekerjasama
bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini....
segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing....
perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.....

memahami diri kita
bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya....
semasa kita berduka, dia menjadi penghibur....
di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.....
* oh yess......hehe *
dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi.....
tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita....
dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan....

tampilkan kelemahan
tiada siapa yang sempurna di dunia ini.....
bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita....
sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya.....
malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita....
apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya....

kata hati
dengarlah kata hati....
kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya....
dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.....
kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu....
dengarlah kata hati dan buatlah pilihan....
serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa....

solat istikharah dan tawakkal
jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT....
manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh Yang Maha Esa....
adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.....
mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjuk-Nya.....
jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.....
jika tidak, tolaklah dia dengan baik....
setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepada-Nya dan terus berdoa....
ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara....
nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

sumber : iluvislam

true love does not come by finding the perfect person but by learning to see imperfect person perfectly....


Rasulullah bersabda :
" barangsiapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda , maka menangislah syaitan dan ia (syaitan) mengeluh ; aduh celaka aku , agamanya terpelihara dari godaanku "
* kamu......jom kawen !! =P *
okbai~

0 budak kiut conteng sini:

My Blog List